Thursday 28 February 2013

KENAPA KOPI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA DIRI KITA.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasih

Kita dah mind set fikiran kita bahwa kopi memberi keburukan kepada diri kita. Namun sebenarnya kopi adalah salah satu minuman kegemaran Nabi Muhammad selain susu dan madu. orang Yahudi juga suka minum kopi kerana mereka tahu bahawa kopi dapat memberi kebaikan dalam diri kita.

Kopi sering dikaitkan sebagai minuman yang berguna untuk menambah tenaga dan terjaga dari mengantuk. kandungan utama di dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang kepada saraf otak, sistem penafasan, serta saluran darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan jika kita minum kopi dalam kadar 1-3 cawan, tubuh kita akan berasa segar, ghairah, daya pemikiran yang lebih cepat, dan tidak mudah lelah serta mengantuk.

kafein juga dikatakan sebagai ubat kepada sakit kepala kerana kafein boleh menyempitkan saluran darah ke otak kita sehingga pelebaran saluran darah di kawasan otak yang merupakan penyebab sakit kepala boleh ditanggung.

Satu kajian telah dilakukan di Barcelona yang dilakukan oleh saintis-saintis di Universiti Barcelona mengatakan bahawa kopi yang bergula boleh meningkat kemampuan otak kita seperti daya ingatan kita.
Menurut kajian, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan.

Selain itu, kopi juga boleh mencegah daripada diabetis. Antioksidan iaitu asid klorogenat dan quinides,  boleh meningkatkan kepekaan sel-sel anda terhadap insulin yang membantu mengatur gula dalam darah kita. ada kajian mengatakanbahawa orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiapa hari mungkin mempunyai risiko untuk merendahkan kadar daripada menderita diabetis.


Namun kopi tidak digalakkan diambil oleh wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. Hospital Christchurch, New Zealand mengatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap boleh melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. Manakala kajian dari Institut Karolinska, Sweden mengatakan wanita yang mengambil 100mg kafein sehari berisiko untuk mengalami keguguran.