Wednesday 8 May 2013

::SUSHI KING::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…..

Keseronokan menjadi pelajar university ini, macam-macam pengalaman kita boleh merasa. Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti sahabat saya (Mazyyah, Sakinah, Kaq Liyana) untuk pergi belajar sushi. Padahal yang pergi belajar buat sushi ni hanya untuk budak yang ambil kelas Jepun je, tapi dah dorang ajak, pergi je lah. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, dengan suka hatinya kami cuti mata kat AEON Perling sambil skip kelas pagi,hehehehe. Tapi ada  surat pelepasan la kan.


bersama Sensei Jepun

bahan-bahan yang akan digunakan

menyediakan bahan oleh budak lelaki

hasil tangan budak lelaki

hasil tangan kami

hasil tangan kami

dibungkus untuk di bawa balik

bergambar bersama laoshi dan sensei di hadapan sushi king

Wednesday 1 May 2013

::KHADEEJAH JABRI::



Dengan Nama Alllah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang………

The only niece that I have, Khadeejah Jabri.

Pengubat rindu untuk kami sekeluarga

Yang boleh buat saya happy sentiasa ketika menjaga

Lahir ketika 9 januari 2012, dan sekarang dah boleh berjalan dah


Hopefully she will become a good girl when she grow up, insyaAllah.


tengok apa tu deejah


Add caption


kecik-kecik da pakai cermin mata


baru nak belajar pegang botol

sedihnya muka

ada apa kat atas tu....


Tuesday 30 April 2013

::AKHIRNYA::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Pengasih……
Pagi tu masa masuk je kuliah Madam Adzrah, budak-budak cakap tahniah sebab artikel dah keluar. Dowang suruh beli cepat sebelum surat khabar habis. Dengan muka blurr letak je beg terus pergi PKP beli surat khabar. Alhamdulillah artikel pasal KTM yang keluar. Padahal artikel KTM dari unscheduled news yang Madam Sue suruh buat. Nasib baik terdetik hati nak hantar. Rezeki Allah nak tolongkan.
Lepas itu, hari Sabtunya pada minggu yang sama, artikel mengenai ajaran sesat pula yang keluar. Nasib baik Ain mesej, kalau memang tak tahu lah sebab masa tu dekat kem kecemerlangan pelajar. Masa tu memang bersyukur sangat sebab sem ni memang dua artikel kena publish dekat surat khabar. Kalau tak publish memeang melayanglah 50 carry mark untuk artikel.

Masa tengah cuti mid sem break, artikel mengenai KTM keluar lagi sekali. Ingatkan artikel lain sebab banyak jugalah artikel yang hantar kat BH. Tapi tak pe lah janji dua artikel yang berlainan da keluar, Alhamdulillah.

artikel pertama

artikel kedua

artikel ketiga


Thursday 18 April 2013

::TRIP TO KOREA::



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.......

Akhirnya sampai juga time saya untuk ke Korea. Sebelum ni, adik beradik lain yang pergi dulu. Jadi menahan hati je lah tengok dorang pergi. Kali ini saya dengan dua orang adik lelaki dan sepupu punya giliran pula. Tambang dan perbelanjaan semua di sponsor oleh umie dengan kakak saya yang dah bekerja, hahaha. Kiteorang keluar duit untuk beli barang peribadi sahaja. Umie kata before hajar habis belajar kat Korea boleh lah pergi. Sewa untuk hotel tak payah fikir dah kalau Hajar ada lagi kat sana. Jadi dengan berbekalkan 10 hari di sana kami pun merondalah sekitar Seoul. Tapi terbataslah sedikit sebab kiteorang pergi masa winter dan kat sana sejuk sangat. Tapi tak pe lah janji seronok. Bila lagi,  kat Malaysia mana boleh nak rasa sejuk samapai  -17 celcius kan.
 Hari ke lima Hajar bawa kiteorang masuk Eveland. Kalau kat Malaysia macam Genting Higland lah. Tapi rasanya kat Korea punya lagi cantik kot,hehehehe. Walaupun sejuk, kami tetap main dengan sepuas-puasnya. Rugi pula kalau tak main sebab nak masuk Eveland bukannya murah.

Banyak lagi tempat yang kakak saya bawa seperti Han River, Dangdaemon dan banyak lagi lah. Nak sebut pun bukannya pandai.

jangjamun

dukbokki and fish cake

fish cake Korea


otw nak  ke Korea


bangunan tradisional Korea

airport Korea

ketika makan makanan Korea


ketika di eveland

di Eveland

mencuba pakaian korea
















tapak tangan penyanyi Rain

bersama Pororo

latar belakang Eveland

pintu masuk Eveland

Shahir dalam kesejuka

Saturday 6 April 2013

::TRIP TO THAILAND::


Dengan Nama AllahYang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang…….
Salah satu assignment yang kteorang kena buat untuk subjek Bahasa Arab dan Kebudayaan ialah pergi ke Thailand. Kelas kteorang sahaja yang pergi keluar Negara, kelas lain semua dalam Malaysia saja,hahahaha. Itulah untungnya bila pensyarah yang mengajar adalah timbalan dekan Fpbu. Satu perjalanan yang sangat seronok walaupun ada beberapa kesilapan teknik. Biasakan, manusia mana tak lari dari kesilapan.  Penat memang penat sebab masa memang pack. Kteorang kena melawat 2 tempat, Hatyai university dengan sekolah agama Hatyai. So masa untuk berjalan agak terhad tapi malam before balik, Rushdi (kteorang punya pemandu pelancong) sempat bawak kteorang berjalan di sekitar Bandar Hatyai. Dah lah time tu tengah krismas, memang penuh lah kan kat Bandar tu.Time nak balik ke hotel, Rushdi suruh kteorang merasa naik tok tok (kat Malaysia kita panggil teksi). Ye lah bila lagi nak merasa naik tok tok kan.
Hopefully, lepas ini kami sekelas boleh berjalan-jalan lagi before kteorang semua graduate, AMIN. Maybe ke Indonesia or Brunei ke, sapa tau……


dalam perjalanan ke Krabi

Tempat solat di Thailand

berhenti sekejap ambil gambar sebelum sampai ke Krabi

pantai di Krabi

kak Liyana dan Sakinah

steambot yang sedap sangat

bersama pelajar Hatyai Universiti

our guide tour

bersama pelajar agama Hatyai

hari terakhir di Thailand

Friday 5 April 2013

::Camer00n::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang……

Dari dulu teringin sangat nak pergi Cameron Higland. Adik beradik yang lain semua dah pernah pergi. Minggu tu saja je telefon rumah tanya khabar. Tiba-tiba Abah tanya nak ikut pergi Cameron tak sebab wardah dengan suami dia nak jalan-jalan dekat Cameron Higland. Wardah ajak abah join skali. Tak kan lah nak cakap tak nak pergi. Dah lama kot teringin nak pergi. Abah kata nanti lepas kelas abah datang ambil. Time tu umie, Shahir dengan abah je yang ambil kat Usim. Wardah dengan suami dia naik kereta lain. Biasalah orang baru lepas kahwin mesti nak privacy. Tapi perjalanan nak ke Cameron memang mencabar keimanan sungguh. Punyalah banyak selekoh, nasib baik tak muntah kat dalam kereta. Apa pun akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron…………..


Shahir dan Wardah

Wardah dan suaminya

abah saya

sempat je berpose

taman botani

Tanah Rata Cameron Highland

Shahir dan gayanya

ladang Teh